Bekas penyerang Selangor, Datuk Dollah Salleh, mengakui bahawa suasana sorakan gemuruh penyokong menggamit kenangannya ketika beraksi di Stadium Merdeka yang kali pertama dibuka semula pada semalam.

Bekas pengendali Sri Pahang itu juga turut mengimbau kembali zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu apabila menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan yang menundukkan Korea Selatan pada 1986.

"Banyak memori menarik terutamanya bermain bersama Selangor dan pasukan kebangsaan malah, perlawanan berdepan Korea Selatan ketika aksi kelayakan Piala Dunia 1986 merupakan detik pengenalan orang ramai terhadap Dolleh Salleh.




"Saya seperti termimpi-mimpi dengan kehadiran penonton di sini memberi sokongan malam tadi mengimbas semula ketika saya masih bergelar seorang pemain bola sepak," katanya.

Dolleh Saleh yang bermain bersama pasukan pilihan Selangor veteran itu, ketika ditemu ramah wartawan Astro Arena, Faizal Bazari berkata, dia lebih memilih Stadium Merdeka berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil kerana memiliki nostalgia dan nilai sentimental yang lebih tinggi.