Skip to main content

Bola Sepak

Piala Sultan Haji Ahmad Shah: Selangor mahu nikmati aksi pembukaan getir bertemu JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, menyeru barisan pemainnya supaya menikmati cabaran ketika berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT), 8 Ogos depan.

Tanpa berselindung, pengendali kelahiran Jepun itu mengakui Gergasi Merah bakal berdepan perlawanan paling sukar musim ini, namun menegaskan anak buahnya akan mencurahkan segala kudrat dalam aksi pembukaan Liga Malaysia (Liga-M) baru. 

"Kami harus bersedia dengan perlawanan paling getir ini. 

"Sebagai jurulatih dan pemain, kami mahu menikmati perlawanan ini.





"Dalam dunia bola sepak, kami perlu menikmati bola sepak. Walaupun berdepan tugas, kami perlu nikmatinya dan berjuang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi.

Kinoshi turut mengulas mengenai komitmen serta prestasi yang ditampilkan pasukannya sepanjang tempoh pramusim berlangsung, dan percaya The Red Giants akan tampil lebih baik berbanding musim lalu.

"Saya amat berpuas hati dengan pemain tempatan dan import.

"Seperti kek, anda hanya perlu meletakkan hanya satu strawberry di atasnya," katanya yang ditemui ketika Majlis Menandatangani Pembaharuan perjanjian Kerjasama di antara Selangor dengan penaja yang berlangsung di Petaling Jaya hari ini.



 

Advertisement

Must Watch Video