Jentera serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) tampak tiada tandingan apabila dijangka terus menunjukkan taring sebagai kelab paling digeruni, menjelang perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.
Bekas penyerang negara, Zaquan Adha Abdul Radzak, meramalkan skuad Harimau Selatan akan tampil lebih garang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menerusi kombinasi Bergson Da Silva, Joao Figueredo dan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi.
Gabungan pemain import berkualiti tinggi bersama bintang tempatan bertaraf antarabangsa menjadikan barisan depan JDT tampak sukar dibendung mana-mana pertahanan lawan.
"JDT membuat persiapan yang begitu rapi.
"Saya kira ada sesuatu yang baru bakal ditampil, kualiti permainan mahupun dan semangat pasukan yang baru.
"Ia penting untuk bermain pada musim baru," katanya.
Dengan kehadiran pemain baharu seperti Figueredo, juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu lengkap di setiap posisi serangan.
Bergson dijangka lebih berbisa, disokong oleh Arif Aiman yang semakin matang dengan ketajaman larian dan hantaran berbahaya.
Selangor pula bakal menampilkan kombinasi baharu di jentera serangan membabitkan Alvin Fortes, Willian Lira dan Zach Cloff selain Faisal Halim.
Tatkala kehebatan Fortes sudah terbukti musim lalu, kemampuan Lira dan Cloff untuk memberi cabaran hebat kepada pertahanan lawan tampak menjadi tanda tanya.
"Berbanding Selangor yang mengambil Lira. Bukan kata dia tidak bagus tapi kita tahu kualiti permainannya ketika bersama Kedah.
"JDT akan menampilkan satu serangan yang baik berbanding Selangor.
"Cuma saya mengharapkan kualiti JDT boleh disaingi, tidak nampak terlalu jauh sambil mengharapkan satu persembahan yang baik.
"Bermain di gelanggang sendiri, kelebihan berada di pihak JDT," katanya.