Kejohanan bertaraf Asia Tenggara (ASEAN) menghimpunkan beberapa pasukan terbaik daripada setiap liga rantau itu untuk menentukan siapakah yang akan menjadi Raja Bola Sepak Asia Tenggara.
Buriram United diangkat selaku juara bertahan selepas menewaskan wakil Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN), dalam Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee, musim lalu.
Pecahan undian menyaksian Selangor terpaksa menempuh laluan maut apabila perlu berdepan jaguh Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Buriram United dan BG Pathum, selain naib juara kejohanan edisi lalu dalam Kumpulan A.
"Kami tiada hak untuk menentukan pasukan dalam kumpulan.
"Jadi, kami tetap akan menampilkan kualiti permainan terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya.
"Ini adalah sasaran utama.
"Setiap kelab kuat dan antara mereka bermain dalam ACLE. Finalis edisi lalu juga berada dalam kumpulan sama.
"Ini adalah nilai tambah terbaik untuk kami menghadapi Liga Super dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
"Saya sangat teruja," kata ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi.
"Ini adalah pengalaman baharu untuk Selangor.
"Ia akan menambah baik pasukan. Kami ingin mara sejauh mungkin," kata penyerang, Faisal Halim.

Groups confirmed ✅
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) July 4, 2025
Let’s get to the action ?#ShopeeCup#ASEANUtdFC pic.twitter.com/ivRiK6JSap