LIGA SUPER MSIA
Piala Shopee: Safawi terkilan Terengganu dihukum dalam tempoh singkat
Safawi Rasid mengakui kesilapan mudah meranapkan impian Terengganu untuk melangkah ke separuh akhir Piala Shopee Kelab ASEAN.
Kekalahan 3-4 di laman BG Pathum sebentar tadi ternyata perit setelah melepaskan pendahuluan jaringan yang diledak Akhyar Rashid.
Mereka dihantui empat jaringan selepas itu sambil kebangkitan yang cuba dijelmakan Safawi menerusi dua gol dalam masa kecederaan belum memadai buat anak buah Badrul Afzan Razali tersebut.
"Kami perlu perlu perbaiki kesilapan mudah.
"Kami dibolosi tiga jaringan dalam tempoh 16 minit.
"Kami sangat kecewa. Kami perlu fokus kepada saingan liga di Malaysia," katanya selepas perlawanan.
Skuad Peteh akan kembali memberi tumpuan kepada saingan Liga Super bertemu Negeri Sembilan, Ahad ini sesudah dua kekecewaan berturut-turut termasuk dalam Unifi Piala Malaysia.