Skip to main content

Bola Sepak

Piala Shopee: KL City tidak rela putih mata di laman sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city.jpg
Tonggak pertahanan berpengalaman Kuala Lumpur City, Kamal Azizi Mohamad Zabri, menjangkakan perlawanan sukar menanti pasukannya menjelang aksi kedua Kumpulan B, Piala Shopee Kejohanan Kelab-Kelab ASEAN (ACC) bertemu wakil Indonesia, Borneo FC Samarinda, Khamis ini. 

Justeru, Azizi menggesa rakan sepasukannya agar memanfaatkan peluang sebaik mungkin beraksi di laman sendiri bagi mencipta kemenangan kedua berturut-turut selepas langkah kanan dalam perlawanan pembukaan menentang Kaya FC.

"Saya rasa Borneo pasukan yang bagus. Berdasarkan pengalaman dalam Piala AFC bertemu Makassar, kami mampu sesuaikan diri," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Dalam perkembangan sama, dia turut mengesahkan sudah cergas sepenuhnya daripada kecederaan patah tangan kanan yang dialaminya pada Mei lalu.

"Sentuhan sebenar saya sudah kembali walaupun sebelum ini ada rasa takut. 

"Walaupun mengutip satu mata di tempat lawan tapi di di tempat sendiri, tiga mata adalah penting," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video