LIGA SUPER MSIA
Piala Shopee: KL City kena asah penyudah -- Kenny Pallraj
Tonggak tengah Kuala Lumpur (KL) City, Kenny Pallraj, mengakui pasukannya perlu mengasah aspek penyudah menjelang perlawanan kedua Kumpulan B Piala Shopee, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) 2024/2025 bertemu Borneo FC Samarinda di Gong Badak, dua hari lagi.
Kenny turut menggesa rakan sepasukannya melupakan kekalahan dalam Liga Super ke atas Perak di Ipoh, Sabtu lalu, sekali gus menjadikan pertemuan menentang wakil kelab dari Indonesia itu sebagai detik kebangkitan skuad Warga Kota.
Pemain berpengalaman kelahiran Ipoh itu turut menganggap tidak mustahil untuk The City Boys mencipta kejutan mara sejauh mungkin dalam kempen sulung Piala Shopee musim ini sepertimana yang pernah dilakukan mereka ketika muncul naib juara Piala AFC 2022.
Iklan
"Setiap perlawanan adalah sukar . Kami perlu berikan komitmen dan fokus sepenuhnya.
"Kami kehilangan Paulo Josue dalam perlawanan terakhir dan jentera serangan soal paling kritikal untuk diperbaiki.
"Moral pasukan perlu dinaikkan dan kami mencari-cari semangat itu kerana adalah menjadi prinsip saya untuk memenangi setiap kejohanan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Must-Watch Video