BOLA SEPAK
Piala Presiden-Piala Belia: FAM cabar pasukan keluar dari zon selesa
Kehangatan Piala Presiden dan Piala Belia makin dirasai apabila majlis undian untuk kedua-dua kejohanan ini berlangsung di ibu negara, hari ini.
17 pasukan akan bersaing dalam Piala Presiden (B-20) menerusi format liga sepusingan sementara Piala Belia (B-18) disertai 13 pasukan yang dibahagilan kepada tiga zon dengan melibatkan aksi timbal balik.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan dua pasukan termasuk sebuah pasukan terbaik di tempat ketiga akan layak ke Liga 1, manakala baki pasukan yang lain beraksi dalam Liga 2.
Iklan
Selepas itu, lima pasukan daripada Liga 1 dan dua pasukan Liga 2 akan bertembung dalam pusingan kalah mati.
"Pertandingan Piala Belia ada 13 pasukan sahaja pada musim 2023 di sebalik 18 pasukan musim lalu.
"2-3 pasukan menarik diri pada saat akhir, saya tidak pasti lagi apakah puncanya.
"Saya harap pasukan Malaysia mampu mencabar di peringkat pembangunan Asia supaya pemain-pemain ini dapat keluar dari zon selesa apabila bermain di peringkat ini," kata Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed.
Dalam pada itu, pengurus pasukan Piala Belia untuk Kedah, Koet King Heyong, menyifatkan saingan musim ini sebagai terbuka.
Ini memandang rata-rata pemain Piala Belia merupakan muka baru yang cetek pengalaman.
"Walaupun mendapat undian yang agak sukar, tapi bagus jugalah dapat jumpa pasukan handalan dalam dua perlawanan awal sebelum berehat, jadi kami berkesempatan untuk ukur kekuatan dan kelemahan terlebih dahulu," katanya pula.
Piala Presiden:
Zon A - Sri Pahang FC, Pulau Pinang FA, Kelantan United FC, Kedah Darul Aman FC, Terengganu FC II
Zon B - Penang FC, Kelantan FC, Perak FC II, Akademi Mokhtar Dahari B-17
Zon C - Sabah FC, KL City FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC B-20
Zon D - Melaka FA, Kuching City, JDT III, PDRM FC
Piala Belia :
Zon A - Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC, Akademi Mokhtar Dahari B-16, Penang FC, Melaka FA
Zon B - SSTMI, Kelantan FA, Pulau Pinang FA, Terengganu FC IV,
Zon C - Sabah FC, Selangor FC B-18, JDT IV, KL City FC
Must-Watch Video