Ketua jurulatih skuad Piala Presiden T-Team, Tengku Hazman Raja Hassan, enggan berasa selesa selepas pasukannya melonjak ke tangga teratas Kumpulan B, sebaliknya menuntut pemain-pemain mengekalkan momentum dalam saingan yang masih panjang itu.
Meskipun gembira dengan perkembangan semasa, Tengku Hazman menyifatkan anak-anak buahnya masih perlu memperbaiki beberapa aspek andai mahu mengulangi pencapaian mara ke final, musim lalu.
T-Team diikat tanpa jaringan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC kelmarin dan satu mata itu cukup membawa mereka ke persada liga dibantu kekalahan pendahulu, Negeri Sembilan.
Menurutnya lagi, saingan sengit daripada PKNP FC sudah dijangka memandangkan pasukan lawan itu juga masih belum tewas dalam aksi Piala Presiden setakat ini.
“Kami gagal memulakan perlawanan dengan baik seterusnya, memberi ruang kepada PKNP untuk mendominasi awal permainan.
“Pemain-pemain tersentak dengan corak yang dipamerkan PKNP dan mengambil masa sehingga 20 minit terakhir babak pertama untuk mengimbangi perlawanan,” ujar bekas ketua pasukan negara itu.
T-Team akan turun berdepan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) FC dalam aksi seterusnya di gelanggang lawan, Isnin ini, dengan misi meneruskan cengkaman di kedudukan teratas.
Beberapa pemain juga bakal direhatkan sambil tidak menolak untuk membuat rombakan bergantung kepada tahap kecergasan dan kecederaan pemain.
“Siapa pun yang bermain perlu bersedia kerana setiap lawan kami bukan calang-calang pasukan,” tambahnya lagi.
Kredit foto: T-Team FC