Skip to main content

Bola Sepak

Piala Presiden: Badrul tuntut TFC III kekalkan momentum kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tfciii45418.jpg
Jurulatih skuad Piala Presiden Terengganu FC (TFC) III, Badrul Hafzan Razali, mencabar skuad kendaliannya mengekalkan rentak kemenangan dalam aksi bertemu PKNS FC, petang ini.

Memimpin Kumpulan B dengan enam kemenangan dan satu keputusan seri, Badrul menyifatkan keyakinan TFC III kini di tahap terbaik, namun enggan membenarkan pemainnya berasa terlalu selesa.

Menurutnya, masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki sekiranya TFC III berhasrat mencipta kejayaan musim ini dengan perjalanan liga yang masih panjang.

“Kombinasi bekas pemain muda Terengganu dan T-Team yang berpengalaman telah membentuk satu pasukan yang mantap.

“Namun, barisan serangan diharap lebih berkesan dalam menyempurnakan peluang terhidang,” ujarnya.

Sambil menuntut persembahan lebih baik petang ini, bekas pemain Terengganu itu berkata dia akan membuat sedikit pertukaran pemain dengan menyasarkan kemenangan mutlak di Kelana Jaya. 

“Pemain-pemain nampak keletihan. Jentera tengah juga dilihat bergelut untuk membuat gerakan dan saya mahu mereka memperkemaskan tempo permainan,” tambah Badrul.
 

Advertisement

Must Watch Video