Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT sahkan kejuaraan tewaskan Selangor dengan agregat 2-1
Najmi Iman
November 13, 2024 22:45 MYT
November 13, 2024 22:45 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) III menjuarai saingan Piala Presiden 2024 selepas keputusan agregat 2-1 membawa kepada kemenangan menewaskan Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, sebentar tadi.
Terdahulu, Danish Syamer Tajuddin serta penjaring terbanyak kejohanan, Abdul Raziq Abd Rahman, menjaringkan gol untuk di tempat lawan sebagai kelebihan jaringan untuk dibawa ke halaman sendiri.
Perlawanan timbal balik kedua itu menyaksikan Selangor tidak berputus asa mencari jaringan dan tampak menguasai keseluruhan permainan.
Skuad kendalian Muhammad Firdaus Aziz gagal menyempurnakan beberapa siri peluang selain terpaksa berputih mata susulan tidak mampu menambah jaringan daripada Harry Danish Haizon, minggu lalu.
Keputusan masa penuh 0-0 menyaksikan JDT III merangkul kejuaraan tersebut di hadapan peminat sendiri apabila berjaya mengekalkan kelebihan agregat 2-1.
Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan hatrik bagi ubi muda skuad Harimau Selatan itu apabila menyapu bersih pencapaian tersebut sejak 2022.
Semua Juara Piala Presiden dari 1985 hingga 2024 ?? JDT III ?? ? https://t.co/Vmi8XHzCHu#PialaPresiden pic.twitter.com/Jto6xlPrkf
— Berita Bola Sepak ?? (@BBST15) November 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.