MADAGASCAR 2 DR CONGO 2
(Madagascar mara menerusi penentuan sepakan penalti 4-2)
Penampilan sulung Madagascar dalam kempen Piala Negara-Negara Afrika diteruskan apabila melangkah ke suku akhir dengan mengatasi Republik Demokratik Congo menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat seri 2-2 di Iskandariah.
Madagascar menolak segala kemungkinan selepas mengatasi Nigeria untuk mengungguli Kumpulan B di sebalik lawan mempamerkan kebangkitan pada minit ke-90 sebelum mereka memastikan tiket ke suku akhir dalam masa tambahan.
Faneva Andriatsima meletakkan Madagascar mendahului 2-1 ketika perlawanan berbaki 13 minit selepas Cedric Bakambu menafikan jaringan pembukaan Ibrahim Amada.
Chancel Mbemba menebus kesilapan selepas deretan peluang yang gagal disempurnakan dengan jaringan penyamaan tetapi Madagascar memastikan kemenangan menerusi penentuan penalti yang menyaksikan Marcel Tisserand dan Yannick Bolasie gagal menyempurnakannya buat Congo.
Madagascar membuka jaringan dengan penuh bergaya apabila Lalaina Nomenjanahary menggelecek bola dari sayap kanan sebelum mencari Amada yang melepaskan rembatan mengatasi Ley Matampi.
Bagaimanapun, Congo yang dibimbing Florent Ibenge menyamakan kedudukan menerusi Bakambu yang menanduk masuk hantaran silang Ngonda Muzinga.
Mbemba, yang mendada bola sebelum melepaskan percubaan yang mengggegar palang gol, kemudian memiliki dua percubaan terhidang, namun masih gagal meletakkan Congo di depan.
Selepas Bakambu turut gagal mencetak jaringan menerusi situasi satu lawan satu, Andriatsima menggunakan ruang dengan sebaik mungkin untuk mengatasi Issama Mpeko untuk Madagascar mendahului permainan.
Congo menampilkan kebangkitan pada penghujung permainan apabila tandukan Mbemba membawa perlawanan ke masa tambahan.
Kedua-dua pasukan gagal mencetak jaringan sepanjang 30 minit masa tambahan dan kesudahannya, kegagalan Tisserand dan Bolasie menyempurnakan sepakan penalti penentuan membenarkan Madagascar melangkah ke suku akhir.