Skip to main content

Bola Sepak

Piala Negara-Negara Afrika: Jangan ambil mudah kredibiliti Madagascar -- Sliti

naim-sliti.jpg
Perancang Tunisia, Naim Sliti, berpandangan pasukan yang membuat penampilan sulung dalam Piala Negara-Negara Afrika, Madagascar, tidak harus dipandang mudah dan harus berwaspanda dengan ancaman mereka.

The Eagles of Carthage, yang kali terakhir memenangi kejohanan benua itu pada 2004, melangkah ke suku akhir tanpa sebarang kemenangan mutlak dan sekadar mengatasi Ghana dalam pusingan 16 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1.

Kejayaan menumpaskan salah satu pasukan pilihan kejuaraan membenarkan Tunisia berdepan Madagascar, pasukan yang kurang berpengalaman tetapi dilihat mampu menampilkan ancaman.

Tetapi Sliti menegaskan masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki dan dia memberikan amaran kepada Tunisia bahawa tiada jaminan lawan mereka itu akan melangkah ke separuh akhir.

"Kami telah bangkit ketika berdepan Ghana selepas aksi peringkat kumpulan yang mengecewakan," katanya. "Kami amat memerlukan keputusan yang positif.

"Tunisia akan berusaha meneruskan momentum ini, kami tidak boleh terbawa-bawa dengan kemenangan terdahulu. Kami perlu memperbaiki kelemahan sebelum ini seperti apa yang berlaku ketika mendahului Ghana 1-0.

"Ini merupakan perlawanan yang penting, kami berharap setiap perancangan dalam sesi latihan dapat dijelmakan."

Madagascar menolak sebarang kemungkinan untuk melangkah ke suku akhir selepas mengatasi Republik Demokratik Congo menerusi penentuan penalati dalam pusingan 16 di samping mengungguli saingan Kumpulan B.

Ketika lawan mereka masih belum menyerlah di Mesir, Anicet Abel yakin Madagascar mampu terus meletakkan harapan untuk mara ke final, sekali gus muncul juara Afrika.

"Kami sangat gembira selepas menewaskan Congo dan ia membuktikan kami mampu muncul juara," kata Abel.

"Melihat kepada perlawanan berdepan Congo, kami akan terus bekerja keras dalam perlawanan seterusnya. Kami yakin kami di tahap terbaik untuk melangkah jauh dalam kejohanan ini."

Advertisement

Must Watch Video