Skip to main content

Bola Sepak

Piala Negara-Negara Afrika: Ighalo sahkan tempat ketiga buat Super Eagles

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ighalo-cropped_7bw74yxq54v319lsvdukthk3t.png
TUNISIA 0 NIGERIA 1

Igion Ighalo menghadiahkan gol awal bagi membolehkan Nigeria mengesahkan kedudukan ketiga dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2019 selepas mengatasi Tunisia 1-0, awal pagi tadi.


Berhasrat untuk mengekalkan rekod sempurna dalam aksi penentuan tempat ketiga kejohanan, Nigeria diberikan pendahuluan awal selepas kesilapan komunikasi penjaga gol Tunisia, Moez Ben Cherifia, dan pertahanan, Yassine Meriah, memberi ruang buat Ighalo.

Wahbi Khazri tampak tajam untuk membantu Tunisia bangkit dengan mencipta peluang terbaik buat pasukannya apabila membuka ruang buat Firas Chaouat tetapi peluang di awal babak kedua itu gagal disudahkan.

Tatkala Chaouat gagal menggunakan kesempatan dan Ben Cherifia terus menghidupkan harapan Tunisia menerusi aksi tangkas menafikan usaha Samuel Chukwueze, Nigeria berdepan kesukaran untuk mempertahankan pendahuluan.

Nigeria mendahului selepas permainan berusia tiga minit apabila Ighalo mudah menolak bola masuk susulan kesilapan Ben Cherifia dan Meriah yang gagal mengeluarkan bola hantaran lintang Jamilu Collins.

Tunisia pantas memberikan reaksi dan melancarkan serangan, termasuk tandukan Ferjani Sassi yang dikeluarkan di atas garisan gol.

Tempoh Ighalo di atas padang tamat sewaktu rehat selepas bekas penyerang Watford itu mengalami kecederaan paha.

Hantaran lolos ke depan yang dilakukan Khazri menemui Chaouat ketika perlawanan baru seminit bersambung tetapi ketika dia hanya berdepan penjaga gol, pemain gantian itu sekadar melepaskan sepakan yang singgah ke tepi jaring gawang.

Percubaan jarak jauh Chukwueze mampu melebarkan pendahuluan selesa buat Nigeria tetapi Ben Cherifia melayangkan badan untuk menepis bola keluar.

Ghilani Chaalali cuba melepaskan rembatan ketika permainan ditamatkan, sekali gus memberikan pengakhiran yang tidak sempurna buat Tunisia dalam saingan kali ini.

Advertisement

Must Watch Video