Skip to main content

Bola Sepak

Piala Negara-Negara Afrika: Guinea hampir dimalukan Madagascar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

francoiskamano.jpg
GUINEA 2 MADAGASCAR 2

Penampilan sulung Madagascar dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika berakhir dengan keputusan seri 2-2 dengan Guinea, awal pagi tadi.


Selepas menyaksikan Uganda mengejutkan Congo 2-0 semalam, Madagascar hampir melakar kejutan selepas menjaringkan dua gol dalam separuh masa kedua menerusi Anicet Abel dan Carolus Andriamatsinoro.

Guinea, yang mendahului permainan menerusi jaringan Sory Kaba, menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Francois Kamana, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata di Iskandariah.

Pemain tengah Liverpool, Naby Keita, hadir sebagai pemain gantian dengan kembali beraksi selepas mengalami kecederaan pangkal paha daripada aksi Liga Juara-Juara (UCL) bulan lalu.

Kamano menyaksikan percubaan awalnya sipi di tiang kanan pintu gol lawan dari jarak 20 ela manakala Julian Jeanvier kemudian melihat tandukan ke bawahnya terhalang oleh tiang yang sama.

Pendahuluan Guinea itu berganda apabila satu sepakan lambung Amadou Diawara melepasi pertahanan Madagascar untuk Kaba menewaskan penjaga gol, Melvin Adrien, dengan satu sungkitan ke pintu gol yang ternganga.
 
Madagascar menyamakan kedudukan empat minit selepas perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua hasil jaringan pertama dalam AFCON yang dicetak oleh Anicet.

Guinea hampir kembali di hadapan apabila Kaba melepaskan rembatan yang sekadar menggegar palang gol tetapi mereka dikejutkan apabila Andriamatsinoro berjaya mencari ruang untuk menjaringkan gol kedua skuad bimbingan Nicolas Dupuis itu.

Keita hadir ke dalam perlawanan dari bangku simpanan, namun ketangkasan Ibrahima Traore ketika melakar serangan balas memaksa terjahan dilakukan oleh Romain Metanire, yang membenarkan Kamano untuk menyudahkan sepakan penalti bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Advertisement

Must Watch Video