Hasrat ubi muda Selangor untuk memintas naib juara Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) II, tidak kesampaian selepas disekat oleh Kuala Lumpur Extension di tempat sendiri, petang semalam.
Kini, persaingan semakin sengit bagi merebut gelaran musim ini memandangkan penganjuran liga simpanan itu bakal berakhir seperti yang diumumkan oleh badan induk sebelum ini.
Selangor II masih berpeluang untuk menggondol kejuaraan Piala MFL itu dengan syarat, mereka harus memperoleh kemenangan ke atas Kedah B sambil berharap JDT II tewas kepada Penang II dalam perlawanan berikutnya.
Jurang perbezaan satu mata menyaksikan kedua-dua pasukan enggan berpuas hati, sebaliknya harus menumpukan fokus sepenuhnya untuk menggenggam trofi berprestij itu.
Skuad kendalian Abdi Hassan gagal mendapatkan tiga mata penuh meskipun hampir melakukan kebangkitan sensasi selepas pada awalnya mereka ketinggalan 0-3 kepada pelawat.
Pendekatan yang digunakan oleh KL City Extension apabila menurunkan beberapa pemain utama daripada skuad senior jelas membantut perancangan tuan rumah, turut tidak disenangi peminat tempatan.
Untuk rekod, KL City Extension menggunakan khidmat penjaga gol kebangsaan, Azri Abdul Ghani, dua pemain import, Giancarlo Gallifuoco serta Jovan Motika, serta penjaring gol terbanyak sepanjang zaman, Paulo Josue selaku kapten, dan juga Ryan Lambert.
Kehadiran mereka sememangnya membantu pasukan bimbingan Nidzam Adzha kerana tiga daripada empat gol dijaringkan oleh kemampuan pemain utama.
Selangor II yang mempertaruhkan keseluruhan pemain bawah 23 tahun (B23) termasuk bantuan dua import terpaksa akur dengan kekalahan itu.

Walaupun kurang digemari ramai, ia tetap tidak melanggar undang-undang permainan daripada badan pengelola yang membenarkan lima pemain senior termasuk dua import berada dalam padang pada satu-satu masa.

? Kedudukan terkini Piala MFL 2024-2025 - PMFL25#PialaMFL2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/vkiGvw7KEq
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 9, 2025