Skip to main content

Bola Sepak

Piala MFL: Selangor B-23, Harimau Selatan sama kuat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-selangor.jpg
Selangor B-23 terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dalam perlawanan Piala MFL 2024/25 selepas mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) II dengan keputusan 1-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, kelmarin.

Jaringan skuad muda Gergasi Merah itu hadir menerusi pemain lincah, Mohammad Haykal Danish, pada minit ke-58 selepas rembatan menewaskan Zulhilmi Sharani.







Namun, tiga minit sebelum aksi berakhir, Romel Morales, menyelamatkan Harimau Selatan selepas menjaringkan gol penyamaan selepas dihadiahkan sepakan penalti untuk kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat. 



 


Selangor kini mengikuti rapat JDT II dengan perbezaan jurang satu mata di kedudukan kedua saingan Piala MFL 2024/25 -JDT 38 mata dan Selangor 37 mata- selepas saingan minggu ke-19.

Advertisement

Must Watch Video