Pengenalan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bakal memberikan peluang kepada pemain B-23 untuk menyinar.
Ketua jurulatih pasukan B-23 Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, berkata pemain muda akan mendapat peluang secukupnya selain memberikan banyak nilai tambah kepada pasukan muda kebangsaan.
"Piala MFL diwujudkan untuk pemain B-23 dan semua sedia maklum untuk pertandingan B-23 di peringkat kebangsaan, ada kelayakan Sukan Olimpik, Piala AFF dan Sukan SEA.
"Sebelum ini, mungkin pemain tidak diberi peluang kerana kepercayaan lebih diberikan kepada pemain senior dalam Liga Super atau Liga Perdana.
"Jadi, ini peluang untuk pemain muda memberikan aksi terbaik dan ini juga peluang mereka untuk dipilih mewakili pasukan kebangsaan," katanya.
Piala MFL melibatkan 15 pasukan termasuk Skuad Projek FAM-MSN dengan saingan akan dipecahkan kepada dua kumpulan.
Kumpulan A melibat lapan pasukan bakal bersaing, iaitu Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC, Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Terengganu FC II, Sabah FC dan Kelantan United FC.
Sementara itu, baki tujuh lagi pasukan membabitkan Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC II, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kuching City FC dan Kelantan FC akan bermain dalam Kumpulan B.
Dalam pada itu, Akmal Rizal menyasarkan pasukannya untuk mara ke suku akhir dalam saingan yang akan bermula pada 2 Mac ini.
"Kalau ikutkan undian memang agak seimbang kedua-dua kumpulan. Untuk kumpulan A sendiri pastinya pasukan pilihan adalah JDT II, Kedah, Terengganu FC II dan Sabah, yang saya rasa akan menjadi pencabar terkuat," katanya.
Kredit: Sinar Harian