Skip to main content

Bola Sepak

Piala MFL: KL City tumbangkan JDT di Pasir Gudang

kl.jpg
Kuala Lumpur (KL) City Extension menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) II dalam saingan minggu ke-22 Piala MFL 2024/25 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam tadi.

Pasukan pelawat mendominasi separuh masa pertama untuk mendahului 2-0 dalam babak pertama hasil jaringan Shahrul Aikar Nasir pada minit ke-16 dan Amreel Iqbal Hafiz pada masa kecederaan 45 minit pertama.




 

Gabriel Nistelrooy menjaringkan gol pada minit ke-57 untuk merapatkan jurang jaringan, namun pasukan tuan rumah terpaksa akur KL City yang mempertahankan kelebihan untuk tewas 1-2.

Keputusan itu menyaksikan skuad The City Boys naik ke tangga keempat dengan 31 mata selepas 20 perlawanan, manakala, JDT kekal di puncak carta liga.

Keputusan lain:

PDRM 1 SELANGOR 0
TERENGGANU II 3 KUCHING CITY 0
 

Advertisement

Must Watch Video