Skip to main content

Bola Sepak

Piala Menteri Wilayah: VAR hiasi kejayaan KL City atasi Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-vs-ns.jpg
Kuala Lumpur City bergelar juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan di Cheras sebentar tadi.

Lebih menarik, perlawanan itu juga mencipta sejarah sebagai aksi pertama di peringkat domestik yang menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR).

Zhafri Yahya meletakkan Warga Kota di depan pada minit ke-23 dengan menyudahkan gerakan dalam kawasan penalti lawan selepas menerima hantaran Patrick Reichelt.

Pada minit ke-35, pengadil, Zamzaidi Katimin, menghadiahkan KL City sepakan penalti selepas semakan VAR mendapati pertahanan sayap Negeri Sembilan, Che Rashid Che Halim, menolak Reichelt dari belakang.

Ketua pasukan, Paulo Josue, kemudian tidak mensia-siakan peluang itu untuk menggandakan kelebihan KL City.

Negeri Sembilan merapatkan jurang sebelum ke bilik persalinan dengan N. Javabilaarivin menyudahkan peluang di depan gawang dan jaringan itu juga disahkan selepas semakan VAR mendapati tiada pemain Negeri Sembilan di kedudukan ofsaid.

VAR sekali lagi memainkan peranan dalam babak kedua, di mana perancang KL City, Brendan GHan, yang pada awalnya dilayangkan kad kuning, bertukar menjadi layangkan kad merah gara-gara terjahan berbahayanya ke atas A. Selvan, untuk KL City menamatkan perlawanan itu dengan 10 pemain tetapi kental bertahan untuk mempertahankan gelaran Piala Menteri Wilayah Persekutuan edisi ini.

Advertisement

Must Watch Video