Skip to main content

Bola Sepak

Piala Menteri Wilayah: Brendan Gan tiada rungutan jadi pemain pertama kena kad merah VAR

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brendan-gan.jpg
Pemain tengah Kuala Lumpur City, Brendan Gan, tiada rungutan meskipun menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah menerusi tenologi video bantuan pengadil (VAR) dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 menentang Negeri Sembilan di Cheras malam tadi.

Brendan mengakui insiden itu merupakan satu proses menyesuaikan diri dengan norma baru Liga Malaysia memandangkan VAR akan digunakan sepenuhnya dalam saingan musim 2024-25 bermula bulan depan.

"Saya rasa ia sentiasa ada kelebihan dan kekurangan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Ia merupakan debat yang sudah lama diperkatakan mengenai VAR.

"Tetapi saya yakin pengadil di Malaysia akan menjadi lebih efisyen untuk menggunakan VAR dan mengurangkan masa untuk melakukan semakan.

"Kerana saya fikir ada sedikit ketidaklancaran apabila ia terlalu lama, di mana anda akan kehilangan fokus dan memberikan lawan ruang untuk mengambil nafas ketika anda sedang melakukan ancaman.

"Saya rasa ada momen yang boleh ditambah baik tetapi sekali lagi, kita sedang berada dalam tempoh pramusim dan pasukan kami juga sedang memperbaiki beberapa perkara, begitu juga mereka," katanya.

Kuala Lumpur City dinobatkan juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 hasil jaringan Zhafri Yahya dan ketua pasukan, Paulo Josue.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video