Skip to main content

Bola Sepak

Piala Menteri Pendidikan: Misi hidup mati SMK Ibrahim Fikri buru slot suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

piala-kpm.jpg
SMK Ibrahim Fikri, Terengganu masih belum mahu megangkat bendera putih dalam misi untuk layak ke peringkat suku akhir Kejohanan Bolasepak Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia B-14 2025 dengan rakan strategik 100PLUS.

Jelas pengendali SMK Ibrahim Fikri, Ahmad Shahiruddin Abd Manan, masih ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik dalam baki dua perlawanan akan datang dan tiada ruang untuk mereka melepaskan mata.

“Kita perlu perkemaskan bahagian pertahanan kerana sedikit kesilapan kecil akan memberi padah kepada kami.

"Bahagian serangan juga perlu diperbaiki kerana kami menghadapi masalah penyudah sebelum ini tetapi kini ia menunjukkan peningkatan,” katanya.

Terdahulu SMK Ibrahim Fikri melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas tuan rumah, SMK Gunung Rapat, dalam perlawanan di Ipoh, Perak semalam

Anak didik Shahiruddin mendahului dua gol menerusi Muhd Rifqi Fitri Mazlan pada minit ke-12 dan  Muhd Akif Ikhwan Rukman, yang meledakkan gol kedua pada minit ke-21.

Muhd Adib Putra Mohd Parih merapatkan defisit gol kepada 1-2 buat SMK Gunung Rapat pada minit 26 tetapi Muhd Shahril Izwan Zainuddin memastikan tiga mata menjadi milik SMK Ibrahim Fikri apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke 60.

SMK Ibrahim Fikri kini menghuni tangga kelima Kumpulan A dengan 14 mata, berkongsi kedudukan dengan SMK Putrajaya Presint 14 (1), yang berada di kedudukan keenam selepas sembilan perlawanan tetapi dibezakan dengan jumlah jaringan.

Lima pasukan teratas Kumpulan A dan tiga pasukan teratas Kumpulan B akan layak ke suku akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video