Skip to main content

Bola Sepak

Piala Menteri Pendidikan: Misi getir SMK Ibrahim Fikri buru slot suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

smk-ibrahim-fikri.jpg
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, Terengganu masih belum mahu megangkat bendera putih dalam misi untuk layak ke peringkat suku akhir kejohanan bolasepak Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia B-14 2025 dengan rakan strategik 100PLUS.
 
Berbaki dua perlawanan, tiada ruang buat anak didiknya untuk melakukan kesilapan jika mahu merealisasikan impian untuk ke suku akhir.
 
Jelas pengendali SMK Ibrahim Fikri, Ahmad Shahiruddin Abd Manan, masih ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik dalam baki dua perlawanan akan datang dan tiada ruang untuk mereka melepaskan mata.
 
“Kami perlu perkemaskan bahagian pertahanan kerana sedikit kesilapan kecil yang akan memberi padah kepada kami.
 
"Bahagian serangan juga perlu diperbaiki kerana kami menghadapi masalah penyudah sebelum ini tetapi kini ia menunjukkan peningkatan,” kata Shahiruddin.
 
Terdahulu SMK Ibrahim Fikri melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas tuan rumah, SMK Gunung Rapat, di Ipoh,Perak.
 
SMK Ibrahim Fikri kini menghuni tangga kelima Kumpulan A, berkongsi 14 mata dengan SMK Putrajaya Presint 14 (1) yang berada di kedudukan keenam selepas bermain sembilan perlawanan dibezakan dengan jumlah jaringan.
 
Sementara itu, SMK Gunung Rapat menghuni tangga ke 10 Kumpulan A dengan lima mata selepas mengharungi 10 perlawanan.
 
Lima pasukan teratas Kumpulan A dan tiga pasukan teratas Kumpulan B Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia B-14 2025 dengan rakan strategik 100PLUS layak ke peringkat suku akhir bagi merebut Piala Menteri Pendidikan Malaysia B-14 2025.
 

Advertisement

Must Watch Video