Selepas 25 pasukan berentap, akhirnya cabaran tertumpu kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) B14 yang diwakili SMK Taman Desa Skudai dan skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B14 dalam aksi final Piala Menteri Pendidikan yang berlangsung di Pasir Gudang.
JDT terlebih dahulu mengasak kubu lawan awal permainan sebelum berjaya menghasilkan gol pertama melalui Arayyan Hakeem.
Arrayyan sekali lagi muncul sebagai penjaring selepas melakukan 'wonder gol' dari jarak jauh untuk meletak JDT selesa dua gol di hadapan.
Di babak kedua, Iman Danish muncul untuk menghadirkan talian hayat buat AMD merapatkan jurang dengan tolakkan bijak.
Seperti Arrayyan, Iman juga sekali lagi muncul penjaring untuk menyamakan kedudukan sebelum melengkapkan hatriknya, sekaligus memberikan kemenangan 3-2 buat AMD.
Kredit imej: Rizal Cha Mri