Dani Alves bersedia untuk memulakan cabaran paling penting dalam kariernya apabila dia bakal membuat penampilan pertama dalam penggal keduanya untuk Barcelona dalam perlawanan amal bersama Boca Juniors hari ini.
Pemain berusia 38 tahun itu menyertai semula kelab itu secara percuma pada bulan lalu selepas meninggalkan Sao Paulo pada September lalu berikutan pertikaian kontrak.
Alves, yang pernah mewakili Barca sebanyak 391 kali dalam tempoh pertamanya di Camp Nou yang dilimpahi trofi, tidak boleh didaftarkan secara rasmi untuk gergasi Catalan itu hingga jendela perpindahan Januari dibuka.
Bagaimanapun, pemain antarabangsa Brazil itu bersedia untuk mewakili Blaugrana ketika menentang gergasi Argentina, Boca Juniors, dalam Piala Maradona di Riyadh, awal pagi esok.
Bercakap dalam sidang akhbar menjelang perlawanan persahabatan itu, Alves berkata: "Saya berasa gementar memandangkan tidak dapat beraksi dan mewakili kelab untuk sekian lama.
“Cabaran paling penting dalam karier saya menjelma atas faktor situasi dan kedudukan kelab ini.
"Cabaran saya ialah agar tidak gentar mengenainya. Kami semua akan melakukan yang terbaik untuk kelab ini dan demi lencana ini."
Dani Alves memenangi 23 trofi sepanjang tempoh pertamanya bersama kelab Catalunya itu sebelum berpindah ke Juventus pada 2016, kemudian Paris Saint-Germain dan Sao Paulo, di mana dia menghabiskan masa dua tahun.
Barca terkandas di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada minggu lalu dan berada di kedudukan kelapan LaLiga selepas 16 perlawanan.
Begitupun, Alves berharap dia mampu membantu pasukan Catalan itu kembali ke puncak.
“Kami sudah terbiasa melihat Barcelona di puncak tetapi kami sedar sedang berdepan masalah,” katanya.
“Kami tidak boleh berselindung, sebaliknya mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.
"Apabila saya tiba pada kali pertama, satu transformasi perlu dilakukan.
Situasinya berbeza tetapi ia sudah berlalu dan kami akan menulis lembaran baru untuk membawa Barca ke tempat yang sepatutnya.
"Kami perlu mengembalikan perasaan untuk menang kerana kami hidup untuk menang. Kami perlu mengubah rentak. Dalam bola sepak, akan ada situasi baik dan buruk walaupun kali ini nampaknya akan bertahan lebih lama."