Vietnam melengkapkan hatrik kejuaraan selepas menewaskan Indonesia dengan jaringan tipis 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Mandiri ASEAN B-23 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), sebentar tadi.
Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan agresif mengatur serangan ke kubu masing-masing, namun tidak dapat menoktahkan dengan jaringan awal.
Begitupun, Nguyen Chong Phuong membuka jaringan buat Vietnam pada minit ke-37 selepas situasi huru-hara di hadapan gawang dengan dia merembat masuk boleh untuk menewaskan Cahya Supriadi sekali gus menutup babak pertama dengan skuad Garuda Muda ketinggalan 0-1.
Skuad kendalian Gerald Vanenburg mengatur serangan demi serangan dengan mendominasi dalam separuh masa kedua, namun sukar menembusi benteng pertahanan skuad Naga Emas yang berdisiplin daripada aspek pertahanan.
Keputusan 1-0 itu kekal hingga wisel penamat selepas tambahan masa lima minit yang diberikan pengadil perlawanan gagal dimanfaatkan pasukan tuan rumah.