Vietnam melayakkan diri ke final Piala Mandiri ASEAN B-23 apabila bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Filipina 2-1 dalam aksi separuh akhir di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.
Skuad naga emas itu dikejutkan dengan jaringan pembukaan Filipina menerusi Javier Mariona pada minit ke-36.
Bagaimanapun, mereka hanya memerlukan lima minit untuk kembali mengikat kedudukan hasil penyudah Nguyen Dinh Bac sebelum ke bilik persalinan.
Sembilan minit selepas perlawanan bersambung, Vietnam berada di depan buat kali pertama apabila Nguyen Xuan Bac berhasil menemui jaring lawan.
Malang berganda menimpa The Azkals dalam waktu kecederaan apabila Noah River Leddel dilayangkan kad merah, sekali gus terpaksa akur terkandas di peringkat separuh akhir.
Vietnam seterusnya akan menantikan pemenang di antara tuan rumah, Indonesia, dan Thailand bagi penentuan gelaran pada Selasa ini.