Harapan Malaysia untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila gagal melepasi peringkat Kumpulan A Piala Mandiri ASEAN B-23, semalam.
Keputusan tewas mengejut kepada Filipina 2-0 jelas merencatkan perjuangan Harimau Muda yang terpaksa menempuh jalan sukar untuk memenuhi aspirasi yang ditetapkan itu.
Meskipun memperoleh kemenangan besar 7-1 ke atas Brunei, skuad kendalian Nafuzi Zain berhempas pulas untuk mencari jaringan berdepan tuan rumah, Indonesia, di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Namun, apa yang diidamkan tidak semestinya berjaya digapai.
Perlawanan yang berakhir dengan seri tanpa jaringan itu memusnahkan hasrat skuad bawah 23 tahun (B-23) negara untuk mara ke pusingan seterusnya.
Dengan Brunei menjadi pasukan tercorot dalam kumpulan berkenaan, Malaysia menamatkan saingan dengan hanya satu mata memandangkan kemenangan berdepan pasukan tercorot itu tidak dikira.
Indonesia dalam pada itu melayakkan diri ke separuh akhir selaku juara kumpulan dengan pungutan empat mata hasil kemenangan ke atas Filipina dan seri berdepan Malaysia.
Melihat perkembangan itu, peminat Indonesia mengambil kesempatan untuk menyindir Malaysia dengan nyanyian secara kiasan menghalau Malaysia sejurus tersingkir dalam kempen edisi kali ini.
Dengan animasi tempatan iaitu Upin Ipin yang cukup terkenal dan sinonim dengan Malaysia, peminat Sang Garuda terus menyanyikan lagu sebagai ucapan selamat tinggal kepada Malaysia.