Calon kapten pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara, Ubaidullah Shamsul Fazili, menjadikan perbezaan skuad terkini dan terdahulu sebagai cabaran untuk memburu kejayaan dalam Kejohanan Piala Mandiri ASEAN B-23.
Pertahanan berusia 21 tahun itu mengakui semangat juang untuk mengharumkan nama negara, biarpun dibarisi rata-rata pemain yang bakal meraih penampilan pertama di pentas berkenaan.
"Banyak perbezaan berbanding pasukan lama, kerana terdapa nama-nama besar, tetapi itu bukan masalah dan kami mempunyai keinginan untuk membantu pasukan.
"Saya harap semua pemain dapat memberikan yang terbaik dan cuba menutup mulut orang dengan keputusan kita," katanya di Nadi Arena.
Selain Ubaidullah, pemain lain yang dianggap senior untuk kem latihan pusat skuad ini ialah Fergus Tierney, Haqimi Azim Rosli dan Muhammad Abu Khalil.
Mereka antara tonggak yang beraksi dalam kejohanan edisi lalu yang menyaksikan skuad muda negara menamatkan cabaran di kedudukan keempat.
Bintang Terengganu itu muncul pemain terbaik ketika aksi persahabatan antarabangsa bersama Harimau Malaya bertemu Cape Verde yang berkesudahan seri 1-1, Mei lalu.
"Pengalaman yang ada sangat berharga, selain memiliki kualti yang bagus.
"Untuk menjadi seorang pemain, tidak seharusnya memikirkan tentang keselesaan dan saya tetap akan merebut tempat dalam kesebelasan utama," tambahnya.

SESI LATIHAN SKUAD KEBANGSAAN BAWAH 23 TAHUN, Padang Bolasepak Sime Darby, Bukit Jelutong | 2 Julai 2025 pic.twitter.com/c8tHuieBCr
— Malaysia NT (@malaysia_nt) July 2, 2025