Indonesia berjaya menundukkan skuad Thailand bagi melayakkan diri ke pentas final Piala Mandiri Asean B-23 2025.
Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Indonesia menurunkan Jens Raven selaku senjata di bahagian serangan dan Kadek Arel sebagai kapten pasukan.
Thailand pula menaruh Sorawat Phosaman selaku benteng terakhir pasukan manakala Yotsakon Burapha untuk mengetuai jentera hadapan.
Kedua-dua negara mempamerkan corak permainan agresif sejak permulaan permainan namun terikat tanpa jaringan sehingga tamat 45 minit pertama.
Thailand akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-60 apabila Yotsakon Burapha berjaya menyudahkan hantaran di hadapan gawang Indonesia untuk mendahului perlawanan.
Sebalik ketinggalan, skuad Garuda terus mengawal permainan sebelum berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-83 menerusi Jens Raven.
Selepas tamat 90 minit waktu permainan, perlawanan berlarutan sehingga masa tambahan.
Perlawanan separuh akhir ini terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti bagi mencari pemenang yang akan bertemu Vietnam di final.
Indonesia berjaya memenangi sepakan penalti dengan keputusan 7-6 sekaligus melayakkan diri ke pentas final Piala Mandiri Asean B-23 2025.