Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Seri dengan Indonesia, perjalanan Harimau Muda berakhir di Jakarta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harimau-muda-tersingkir.jpg
Skuad B-23 negara tersingkir daripada saingan Piala Mandiri ASEAN B-23 apabila terikat tanpa jaringan dengan Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.

Dengan Brunei menjadi pasukan tercorot dalam kumpulan berkenaan, Malaysia menamatkan saingan dengan hanya satu mata memandangkan kemenangan berdepan pasukan tercorot itu tidak dikira.

Indonesia dalam pada itu melayakkan diri ke separuh akhir selaku juara kumpulan dengan pungutan empat mata hasil kemenangan ke atas Filipina dan seri berdepan Malaysia.

Filipina pula muncul naib juara kumpulan dengan tiga mata yang diraih sewaktu menewaskan skuad negara dalam perlawanan pertama.

Harimau Muda turun dengan misi untuk menewaskan Indonesia dengan kelebihan dua gol bagi membuka peluang ke separuh akhir.

Bagaimanapun, tiada sebarang percubaan berbahaya dapat dilakukan kedua-dua pasukan sepanjang separuh masa pertama.

Peluang terbaik Malaysia untuk memecahkan kebuntuan hanya hadir dalam babak kedua menerusi sepakan percuma  Aliff Izwan Yuslan yang ditepis keluar penjaga gol lawan dan rembatan pemain gantian, Faris Danish Asrul, dari sudut sukar di sebelah kanan.

Apa pun, barisan pertahanan negara wajar diberikan pujian dalam perlawanan kali ini, terutama ketika mengekang pemain warisan Garuda Muda, Jens Raven.
 

Advertisement

Must Watch Video