Dalam aksi pembukaan Kumpulan C di Piala Mandiri 2025, Myanmar dan Timor Leste mencetuskan keajaiban selepas satu perlawanan yang sarat aksi dramatik, berakhir dengan keputusan seri 4–4.
Shine Wanna Aung membuka tirai jaringan pada minit ke-13 dengan rembatan yang terkena pemain Timor Lester sekaligus melewati penjaga gol Timor-Leste, Egidio Lurio.
Pada minit ke-39, Myanmar menambah satu lagi gol melalui sepakan penalti Zaw Win Thein selepas Than Toe Aung dijatuhkan dalam kotak, membawa kedudukan 2–0. Zenivio Gostavo Conceição menjaringkan gol pertama Timor Leste sebelum ke bilik persalinan untuk merapatkan jurang kepada 2–1.
Pada aksi separuh masa kedua pula, Luis Figo menyamakan kedudukan 2–2 dengan tandukan hasil hantaran baik oleh Zenivio di minit ke-53. Myanmar tidak menunggu lama untuk kembali mendahului berselang 2 minit kemudian melalui Than Toe Aung dan terus menghukum Timor Leste pada minit ke-62 hasil jaringan Min Maw Oo meletakkan mereka di hadapan 4-2.
Harapan Timor Leste hidup semula apabila Vabio Canavaro menjaringkan gol cantik dari jarak jauh pada minit ke-75 sebelum Alexandro Corsino Bakhito Lemos menyamakan kedudukan selepas satu serangan balas pantas, memanfaatkan hantaran Zenivio untuk keputusan akhir 4–4.
Keputusan seri ini memberi satu mata kepada kedua-dua pasukan. Ini seharusnya menjadi pengajaran buat pasukan Myanmar selepas dua kali memimpin perlawanan namun gagal kekalkan kelebihan tersebut. Timor Leste pula terus kekal fokus dan berjaya untuk bangkit dari defisit dua gol dan raih 1 mata beharga dari perlawanan ini.

WHAT A MATCH ?
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) July 16, 2025
Timor-Leste come from two goals down TWICE to secure a vital point ?#MandiriCup2025#ASEANU23Championship#ASEANUtdFC pic.twitter.com/38LnWwA5Cu