Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Malaysia hidupkan peluang tapi wajib menang ke atas Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aff.jpg
Malaysia menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Brunei dengan 7-1 dalam perlawanan Kumpulan A Kejohanan Piala Mandiri ASEAN B-23, sebentar tadi.

Ia sekali gus, menyaksikan Harimau Muda menepati ramalan untuk menundukkan pasukan bimbingan Aminuddin Jumat itu.

Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara akhirnya menemui rentak kemenangan selepas tewas 0-2 kepada Indonesia Selasa lalu. 

Danish Syamer Tajudin, Haykal Danish, Danish Hakimi Sahaludin, Haziq Naqiuddin dan Fergus Tierney masing-masing mencatatkan satu gol untuk membantu Harimau Muda termasuk jaringan sendiri pertahanan Brunei, Nazry Aiman Azaman.

 

Sementara Pemain Muda Terbaik Liga Malaysia (Liga-M), Haqimi Azim Rosli, menjaringkan dua gol dalam aksi kedua itu.

Bagaimanapun, Malaysia masih perlu wajib untuk mencatatkan kemenangan ke atas tuan rumah, Indonesia, pada aksi terakhir.

Namun, aksi antara Filipina dan Indonesia juga wajar diberi tumpuan kerana ia bakal mempengaruhi keputusan Malaysia dalam kempen kali ini. 

Ini kerana, keputusan ke atas pasukan tercorot dalam Kumpulan A tidak akan dikira oleh sebab Kumpulan B dan C mempunyai tiga pasukan sahaja.

Perebutan selaku juara kumpulan mahupun tempat kedua terbaik daripada tiga kumpulan demi ke separuh akhir harus diberi tumpuan. Dan Filipina juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan slot tersebut. 

Advertisement

Must Watch Video