Piala Mandiri 2025 mencatatkan aksi pertama Kumpulan B yang penuh drama apabila Kemboja B23 melakar keputusan 1–1 menentang Laos B23 dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi di Stadium Patriot, Bekasi.
Laos memulakan dengan cemerlang. Pada minit ke‑19, Phousomboun Panyavong mengambil kesempatan daripada kesilapan barisan pertahanan Cambodia, meledak gol menerusi rembatan rendah yang meleret ke sudut bawah gawang memberikan Laos kelebihan 1–0.
Namun Kemboja tidak menyerah, pada minit ke‑57 menyaksikan Phat Sokha memecahkan kebuntuan dengan sepakan padu dari jarak jauh, menyamakan kedudukan 1–1. Gol ini meredakan tekanan dan berjaya menyelamatkan satu mata penting untuk Kemboja.
Kemboja mendominasi perlawanan dengan 69% manakala Laos hanya memegang 31%. Kemboja melakukan 13 percubaan berbanding 8 oleh Laos. Penjaga gol Laos, dalam prestasi cemerlang, menghalang beberapa situasi bahaya yang hampir mengubah keputusan akhir perlawanan.
Keputusan seri ini memastikan kedua-dua pasukan memulakan kempen dengan satu mata. Kemboja pula mengekalkan rekod tidak tewas sementara Laos membuktikan mereka mampu bermain seimbang walaupun kurang penguasaan bola.

The points are shared in West Java ?#MandiriCup2025#ASEANU23Championship#ASEANUtdFC pic.twitter.com/zipwqytTdV
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) July 16, 2025