Kami mohon maaf, semoga jumpa lagi Indonesia, kata penyerang skuad B-23 negara, Aliff Izwan Yuslan, yang menganggap perseteruan antara dua musuh tradisi, Malaysia dan Indonesia, masih belum berakhir.
Selepas terikat tanpa jaringan dengan tuan rumah, Indonesia, dalam aksi terakhir Kumpulan A, Piala Mandiri ASEAN B-23 di Stadium Utama Gelora Bung Karno semalam, skuad negara menamatkan saingan pusingan awal itu di tempat ketiga dengan empat mata hasil satu kemenangan menentang pasukan di tangga tercorot, Brunei.
Terdahulu, Harimau Muda tewas 0-2 kepada Filipina dalam perlawanan pertama, sekali gus memiliki peluang tipis untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir.
Aliff Izwan, selepas kegagalan itu semalam, berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Yang pertama, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya yang telah berjuang sehabis baik.
"Mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kami tidak dapat layak ke separuh akhir. Kami akan membuat yang terbaik dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-23 nanti, Insya-Allah.
"Beraksi di depan penyokong lawan sepatutnya memberikan kami motivasi untuk menang tetapi mungkin ada pemain yang sedikit gugup.
"Kami akan memberikan yang lebih baik selepas ini, semoga jumpa lagi Indonesia," katanya.