Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Info Siaran Malaysia lawan Brunei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brunei-malaysia-mandiri-cup.jpg
Malaysia mencari tonik untuk menghidupkan semula peluang mereka melangkah ke peringkat seterusnya dalam Kejohanan Piala Mandiri B-23 ASEAN dalam aksi kedua bertemu Brunei.

Skuad muda Malaysia kendalian Nafuzi Zain melewati keputusan mengejut dalam perlawanan sulung seusai tiba di Jakarta, tewas 0-2 di tangan Filipina dalam aksi pembukaan Kumpulan A. 

Berdepan ranjau untuk memastikan mereka melangkah ke peringkat kalah mati, misi wajib menang Malaysia harus dijelmakan dalam perlawanan yang bakal berlangsung petang ini bertemu Brunei. 
 

Perlawanan terakhir mempertemukan Malaysia bakal bertemu Indonesia yang membelasah Brunei 8-0 dalam perlawanan pertama. 

Menerusi sidang media, Nafuzi Zain, menegaskan Harimau Muda akan turun habis-habisan, dia berkata, "Kita tidak boleh terus kecewa. Kita kena baiki apa yang kurang dan pastikan menang bertemu Brunei."

Piala Mandiri ASEAN B-23: Info Siaran Malaysia lawan Brunei

Tarikh: 18/7/2025 (Jumaat)
Saluran: Astro Arena Bola 803, Live Streaming di Astro GO & sooka
Venue: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia
Waktu: 5. 30 petang

Advertisement

Must Watch Video