Kapten Skuad Indonesia Bawah-23, Kadek Arel, memohon maaf atas kegagalan Garuda Muda gagal meraih gelar juara Piala Mandiri ASEAN Bawah-23 2025 usai tewas 0-1 di tangan Vietnam di Stadion Utama Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta, semalam.
Jaringan tunggal kemenangan Vietnam tercipta menerusi tendangan Nguyen Cong Phuong yang memanfaatkan situasi huru-hara dalam kotak penalti Indonesia.
Selepas tamat pertandingan, kapten pasukan, Kadek Arel, memohon permintaan maaf kepada seluruh warga Indonesia atas kegagalan pasukan meraih gelar juara.
"Saya mewakili semua pemain ingin meminta maaf kerana gagal menjadi juara dan kita akan memberikan tumpuan kepada kejohanan selanjutnya," ujar Kadek Arel menerusi Instagram Bali United.