Tuan rumah, Indonesia, memulakan kempen Kejohanan Piala Mandiri ASEAN B-23 dengan kemenangan 8-0 menewaskan Brunei dalam perlawanan Kumpulan A di Jakarta, malam tadi.
Satu angka yang sangat besar, sekali gus menakutkan skuad Filipina dan Malaysia untuk aksi berikutnya.
Pasukam bawah 23 tahun (B-23) Indonesia itu tiada belas kasihan terhadap lawannya apabila merekodkan penguasaan sebanyak 84 peratus sepanjang 90 minit permainan dengan serangan tanpa henti sehingga memenatkan penjaga gol Brunei, Khairul Hisyam Norihwan.
Satu keputusan memalukan yang perlu ditanggung Brunei.
Pemain baharu Bali United, Jens Raven, selaku warisan terkini Garuda Muda menjadi watak utama pasukan bimbingan Gerald Vanenburg dengan menjaringkan enam gol bersamaan 'double' hatrik dan kini memegang status penjaring terbanyak kejohanan setakat ini, seawal hari pertama.
Arkhan Fikri dan Rayhan Hannan turut mencetak nama selaku penjaring bagi melengkapkan malam gemilang skuad muda Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno di hadapan peminat tempatan.
Dengan defisit jumlah jaringan serta pungutan tiga mata penuh, Indonesia berada di tempat pertama dan mungkin selangkah ke separuh akhir, sambil Filipina di kedudukan kedua.
Anak buah Nafuzi Zain tidak boleh leka susulan kekalahan mengejut kepada Filipina dan harus segera bangkit pada aksi seterusnya menentang Brunei.
Ini dianggap sebagai amaran keras kepada Harimau Muda yang perlu bertemu tuan rumah di aksi terakhir kumpulan nanti.
Malaysia mesti memperoleh kemenangan ke atas Brunei dan berjuang bermati-matian berdepan Indonesia bagi menjamin tiket ke peringkat seterusnya.

A Dominant Victory for hosts Indonesia to start their #MandiriCup2025 campaign ?#ASEANU23Championship#ASEANUtdFC pic.twitter.com/7u7XktANj0
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) July 15, 2025
Pemain baharu Bali United, Jens Raven, selaku warisan terkini Garuda Muda menjadi watak utama pasukan bimbingan Gerald Vanenburg dengan menjaringkan enam gol bersamaan 'double' hatrik dan kini memegang status penjaring terbanyak kejohanan setakat ini, seawal hari pertama.
Arkhan Fikri dan Rayhan Hannan turut mencetak nama selaku penjaring bagi melengkapkan malam gemilang skuad muda Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno di hadapan peminat tempatan.
Dengan defisit jumlah jaringan serta pungutan tiga mata penuh, Indonesia berada di tempat pertama dan mungkin selangkah ke separuh akhir, sambil Filipina di kedudukan kedua.
Anak buah Nafuzi Zain tidak boleh leka susulan kekalahan mengejut kepada Filipina dan harus segera bangkit pada aksi seterusnya menentang Brunei.
3️⃣ points on the opening day for the Philippines courtesy of Otu Bisong’s double ?#MandiriCup2025#ASEANU23Championship#ASEANUtdFC pic.twitter.com/C9VfY3Z89a