Piala Malaysia: Tolong guna LRT untuk Ke Bukit Jalil minggu ini, kata Hans Isaac

Zaki Zainal
Disember 5, 2023 15:00 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Hans Isaac, meminta orang ramai yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.
Venue Bukit Jalil bakal menjadi tumpuan peminat Johor JDT dan Terengganu FC sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 yang bakal menjadi penutup kempen Liga Malaysia musim ini.
Menurut RapidKL juga operasi stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi dan pengunjung disaran agar memastikan kelancaran perjalanan masing-masing.
Pada hari yang sama, skuad hoki remaja negara bakal bersaing bagi perlawanan ketiga iaitu perlawanan terakhir dalam kumpulan A menentang Australia pada jam 2 petang sempena Piala Dunia Remaja di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil selain program lain di perkarangan stadium.
Jangan lupa untuk turun juga dan berikan sokongan anda.
#JDT #Piala Malaysia #Terengganu FC
;