Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Tidak mustahil UiTM kejutkan Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uitm-fc-piala-malaysia.jpg
Ketua jurulatih UiTM FC, Ismail Ibrahim, berkata adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk pasukannya melakar kejutan ke atas Sabah FC dalam aksi Piala Malaysia di Shah Alam pada Rabu ini.

Ismail menyedari lawan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu memiliki barisan pemain yang lebih ampuh berdasarkan prestasi semasa pasukan di tempat ketiga Liga Super berkenaan tetapi berasakan apa-apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

Pasukan institut pengajian tinggi itu hanya memiliki seorang pemain import, iaitu, George Attram, yang dipinjam daripada Selangor FC II, tetapi Ismail ada ramuan untuk pasukannya melakukan sesuatu dalam perlawanan itu.

"Laluannya memang sukar kerana ia merupakan pengalaman pertama pemain saya bermain dalam Piala Malaysia," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Saya hanya mengharapkan mereka akan memberikan saingan dengan bermain bersungguh-sungguh kerana ia merupakan perlawanan kalah mati.

"Di atas kertas memang Sabah kuat tetapi di atas padang, kita tidak tahu.

"Sabah memiliki kekuatan seimbang di segenap posisi, mereka ada barisan pemain terbaik, jadi saya harap pemain saya akan memanfaatkan peluang untuk melakukan sesuatu," katanya.

*Kredit foto: UiTM FC
 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video