PIALA MALAYSIA
Piala Malaysia: Stefano Brundo akui Harini FC miliki kualiti tersendiri
Pemain import Sri Pahang FC, Stefano Brundo, mengakui kekuatan yang dimiliki pasukan dari Liga M3, Harini FC berjaya menyekat beberapa cubaan daripada skuad Tok Gajah.
Menurutnya, walaupun Sri Pahang berjaya menakluk perlawanan pusingan kedua semalam tetapi kredit masih diberikan pada kem pelawat yang tidak dibolosi dengan jumlah jaringan yang besar.
Brundo juga menyedari beberapa kelemahan harus diperbaiki segera sebelum kembali beraksi untuk saingan Liga Super, bertemu Kelantan United 27 Ogos ini.