PIALA MALAYSIA
Piala Malaysia: Sri Pahang tepati ramalan ke suku akhir benam Harini
SRI PAHANG FC 2 HARINI FT 0
(Sri Pahang ke suku akhir dengan agregat 5-2)
Sri Pahang FC mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Harini FT 2-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.
Berbekalkan kelebihan satu gol menerusi kemenangan 3-2 dalam aksi pertama di Paroi pada 4 Ogos lalu, Tok Gajah menepati ramalan sebagai pasukan pilihan untuk meneruskan kemaraan hasil kelebihan agregat 5-2.
Iklan
Penyerang utama, Kpah Sherman, muncul wira pasukan tuan rumah itu apabila menjaringkan satu gol dalam setiap separuh masa di Kuantan.
Sherman membuka jaringan pada minit ke-43 apabila menjaringkan gol akrobatik gemilang selepas menerima hantaran tandukan Baqiuddin Shamsudin.
Penyerang kelahiran Liberia itu kemudian menggandakan jaringannya dalam babak kedua, kali ini dengan menanduk masuk lintangan Sergio Agero selepas enam minit perlawanan bersambung.
Dengan kemenangan itu, Tok Gajah akan mencongak perhitungan dengan Kuala Lumpur City FC bagi dua perlawanan penentuan ke separuh akhir bulan depan.
Must-Watch Video