Pemain import tengah Kedah, Sandro da Silva, mengharapkan momentum perlawanan dikekalkan dalam aksi seterusnya selepas berjaya membantu pasukan meraih kemenangan 2-0 ke atas Melaka United dalam saingan Piala Malaysia, kelmarin.
Pemain dari Brazil itu antara yang kerap menjadi perosak benteng lawan sebelum berjaya menjaringkan gol pada minit ke-30.
Gandingannya bersama Liridon Krasniqi juga cukup untuk memperdayakan barisan pertahanan Melaka bagi mereka mencipta peluang terbaik meledak gol.
Ternyata, dia masih belum puas untuk menjaringkan lebih banyak gol dalam aksi seterusnya berdepan UiTM FC, esok.
"Saya dan Liridon sudah bergandingan selama tiga tahun. Oleh itu, kami saling memahami corak permainan masing-masing.
"Saya mempunyai hubungan baik dengannya di dalam dan luar padang.
"Liridon merupakan seorang pemain yang mempunyai kualiti besar. Saya gembira dapat membantunya," katanya.
Penjaga gol Melaka, Mohd Fazli Paat, pula sudah menjangkakan gandingan dua pemain import berkenaan memberi cabaran kepadanya untuk mengawal gawang sebelum akhirnya dibolosi dua gol.
Namun, dia percaya pasukannya akan bangkit, apatah lagi mereka juga masih mencari keserasian dengan barisan muka baru.
"Seperti yang kita tahu, pemain Kedah mempunyai kombinasi yang sangat baik dan menggunakan peluang.
"Kami terpaksa menerima kekalahan ini dengan hati terbuka," ujarnya.