Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Rahmad enggan salahkan pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

5717rahmad.jpg
Jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan, mengakui mereka dihukum gara-gara kelekaan sendiri susulan kekalahan 1-2 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dalam aksi Kumpulan A, Piala Malaysia di Kuala Terengganu, malam tadi.

Bagi pengendali kelahiran Indonesia itu, PKNP menghalang pergerakan mereka di bahagian tengah hingga memaksa T-Team menyerang dari sebelah sayap.

Tambahnya lagi, tiga peluang terbaik dalam babak pertama turut gagal disempurnakan dan meskipun berjaya menguasai 45 minit kedua, mereka terus berputih mata untuk mencari gol.

“Malangnya, PKNP lebih agresif dan berkesan menyaksikan dua gol mereka hadir daripada kesilapan kami.

“Saya tidak mahu menyalahkan individu dan saya akan bertanggungjawab atas kekalahan ini untuk diperbaiki dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Kegopohan jentera serangan menyudahkan serangan turut disifatkan antara punca kekalahan yang menurut Rahmad perlu diatasi secepat mungkin.

“Barisan penyerang seharusnya mengawal situasi itu (peluang), sebaliknya mereka membuat keputusan yang tergesa-gesa,” katanya lagi.

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video