Piala Malaysia: Prestasi semasa Skuad Peteh membimbangkan
Fariha Razak
Disember 4, 2023 15:09 MYT
Disember 4, 2023 15:09 MYT
Susulan kegagalan skuad Terengganu FC gagal mengutip tiga mata penuh berdepan Pulau Pinang FC malam tadi memberi gambaran persediaan yang tidak rapi menjelang Final Piala Malaysia yang bakal berlangsung kurang empat hari saja lagi.
Melihat kepada lima rekod perlawanan terakhir TFC di Liga Super, mereka menghadapi dua kekalahan dua seri dan hanya satu kemenangan yang dicetakkan itu pun berdepan Kuching City pada 26 Ogos yang lalu.
Selepas itu prestasi yang ditunjukkan Skuad Sang Penyu seperti ‘roller coaster’ dan yang paling menggusarkan apabila sudah dua kali mereka tewas dengan jaringan yang besar 0-4 iaitu ketika berdepan Selangor FC pada 29 September dan baru baru ini berdepan Sabah FC pada 24 November.
Hal ini juga sedikit sebanyak beri kesan negatif kepada tahap motivasi pemain kerana tidak dapat tonik pembakar semangat yang boleh dibawa ke final piala Malaysia.
Di tambah pula dengan beberapa pemain pertahanan Terengganu yang mengalami kecederaan seperti Muhammad Alif Zakaria yang terpaksa berehat panjang tetapi penyokong TFC lega Azam Azmi dan Safwan Mazlan sudah kembali diturunkan dalam aksi berdepan Penang.
Kini, hanya sokongan padu dari penyokong Terengganu yang dapat memberikan sinar buat anak buah Tomislav untuk kembali bangkit dan tidak menoleh ke belakang!
??️KESEMUA TIKET PERLAWANAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2023 PENYOKONG TERENGGANU FC TELAH HABIS TERJUAL??️ Dimaklumkan oleh pihak Tickethotline kesemua tiket online bagi GA50, GA70, PG150 dan VIPG200 untuk penyokong Terengganu FC telah HABIS TERJUAL. Terima kasih buat… pic.twitter.com/dulNrOWMNv
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut satu ciapan di laman X oleh Kelab Bola Sepak Terengganu, sejumlah 35 300 tiket final penyokong Terengganu sudah pun habis terjual dalam masa 48 jam untuk menyaksikan aksi final berdepan skuad gergasi, Johor Darul Takzim (JDT) yang bakal berlangsung 8 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Walaupun misi julang Piala Malaysia 2023 tampak sukar tetapi sudah pasti penyokong TFC mahu meyaksikan perlawanan yang berkualiti, sekurang kurangnya mampu memberikan saingan yang hebat kepada JDT kerana ini merupakan final pertama mereka di pentas final Piala Malaysia sejak 2018.
Apa pun, ketua jurulatih Tomislav Steinbruckner harus melakukan sesuatu perubahan dalam masa terdekat untuk pastikan saingan yang diberikan TFC di final di Piala Malaysia nanti bakal beri impak yang besar buat penyokong bola sepak tanah air!