Penyerang Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor, menyedari tanggungjawab yang dipikul menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail esok.
Perak berkunjung ke Iskandar Puteri bagi mengharungi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia, ketinggalan 4-1 dalam perlawanan di Ipoh tempohari.
Tenyata berdepan tugas menggunung bagi mengejar defisit jaringan, Wan Zack percaya Perak tetap hadir ke dalam perlawanan ini dengan semangat positif dan bakal memburu jaringan berdepan juara Liga Super itu.
Berbincang mengenai masalah kecederaan yang dihadapi sebelum ini, Wan Zack berkata, "Terdapat ketidakselesaan di bahagian otot, namun berdasarkan latihan yang bakal dijalankan, ia akan menentukan kedudukan saya dalam kesebelasan utama pasukan berdepan JDT.
"Saya berharap dapat membantu pasukan dan jika peluang diberikan, saya pasti mahu memastikan permainan terbaik buat pasukan.
"Sudah tentu, kami ketinggalan dalam perlawanan ini, namun apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan. Kami berharap dapat menterjemahkan permainan terbaik bagi menghadapi tentangan pasukan tuan rumah."
Perak bakal tanpa khidmat kapten pasukan, Luciano Guaycochea, namun Wan Zack percaya barisan pemain yang bakal diturunkan oleh pengendali pasukan Yusri Che Lah mampu menjalankan misi yang ditetapkan untuk perlawanan ini.
"Ketiadaan Luciano dan beberapa pemain lain, ia sedikit sebanyak merencatkan taktikal pasukan namun apa yang telah direncana oleh jurulatih, Yusri Che Lah, mana-mana pemain yang beraksi mampu memberikan yang terbaik."
Bercakap mengenai prestasi yang kembali meningkat naik, Wan Zack ternyata teruja dan gembira, dia menjelaskan, "Saya amat bersyukur kerana kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih sekaligus membantu saya untuk mula mendapatkan rentak terbaik.
"Keutamaan saya adalah pasukan buat Perak. Jika ditawarkan kontrak baru, saya akan memilih untuk terus menabur bakti kepada pasukan."