Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: MISC-MIFA perlu lebih fokus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mifa.jpg
Pembunuh gergasi di pentas Piala Malaysia musim ini, MISC-MIFA, tidak mahu dibuai perasaan terlalu gembira dengan pencapaian selepas tiga perlawanan kumpulan selagi mereka belum mengesahkan slot ke suku akhir.

MISC-MIFA buat masa ini mengejutkan ramai pemerhati apabila bergelar pendahulu Kumpulan C yang turut dibarisi Johor Darul Ta'zim (JDT), Kedah dan Kelantan.

Pengendalinya, K. Devan, memberikan peringatan kepada pemain bahawa masih ada tiga aksi yang perlu diharungi jika berhasrat mencipta sejarah tersendiri dalam penyertaan sulung Piala Malaysia.

Malah, kekalahan kepada Kedah dalam perlawanan terakhir di Stadium Darulaman ekoran kurang fokus selepas mendahului permainan, harus dijadikan pengajaran berguna.

"Saya percaya MIFA mampu layak ke suku akhir. Kami berharap tuah akan memihak kepada pasukan," kata Devan.

Sementara itu, pemain import dari Korea Selatan, Bae Beom-geun, mendapati semangat berpasukan yang tinggi menjadi azimat di sebalik kekurangan MISC-MIFA yang tidak dibarisi pemain ternama.

"Tiga pasukan lain yang diundi bersama MIFA memiliki kekuatan yang tersendiri tetapi kami memiliki barisan pemain yang dahagakan kejayaan dan kami menyasarkan lebih mata diraih dalam perlawanan akan datang," kata Beom-geun.

Advertisement

Must Watch Video