Piala Malaysia: KL City cari bekalan ke Terengganu

Shaiful Shamsudin
Oktober 20, 2023 20:14 MYT
Nenad Bacina dan barisan kejurulatihannya bukan sahaja terpaksa melupakan khidmat Paulo Josue, sebaliknya turut kehilangan kudrat Ryan Lambert ekoran penggantungan perlawanan.
Ketiadaan Josue menyaksikan Zhafri Yahya berkemungkinan besar bakal menggalas peranan selaku perancang utama pasukan bersama-sama Sebastian Avanzini.
Jelas Bacina lagi, mereka akan cuba mencari bekalan selesa dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di Cheras, malam esok, sebelum bertandang ke Gong Badak untuk perlawanan timbal balik yang dijadualkan berlangsung pada 3 November depan.
"Inilah asam garam bola sepak. Terengganu juga menghadapi masalah sama di bahagian benteng.
"Sebab itu kami lebih 20 pemain dalam barisan dan sesiapa yang terpilih untuk diturunkan perlu bersedia.
"Saya tidak khuatir dengan pengganti Paulo Josue walaupun akan terasa kehilangannya.
"Esok adalah 'separuh masa pertama' kerana bukan mudah untuk bertandang ke Terengganu kelak.
"Justeru, kami perlu dapatkan hasil yang bagus di sini," katanya dalam persiapan terakhir petang tadi.
#Piala Malaysia #KL City #DemiLigaKita #Terengganu FC
;