Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Kim Swee belum puas hati prestasi Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah-fc.jpg
Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, mengakui perasaannya sedikit bercampur-baur selepas pasukannya layak ke suku akhir Piala Malaysia 2022.

Menurut Kim Swee, walaupun gembira pasukannya lolos ke pusingan seterusnya, dia masih tidak berpuas hati dengan aksi pemain-pemainnya sepanjang kempen Piala Malaysia.

Justeru, dia berharap pemain-pemainnya mampu bangkit di peringkat suku akhir sekiranya mahu melangkah lebih jauh dalam kejohanan berkenaan.

“Saya gembira kerana pasukan kami layak ke pusingan seterusnya. Bagaimanapun, saya masih belum puas hati dengan prestasi mereka dalam dua perlawanan yang lepas.

“Perkara yang sama berlaku apabila kami dibolosi pada akhir perlawanan dan ini perlu diperbaiki. Kami masih terlalu selesa selepas mendahului dan ini tidak sepatutnya berlaku serta perlu diperbaiki dengan segera.

“Kami harus bangkit jika mahu ke peringkat yang seterusnya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu malam tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Likas itu, sepakan penalti yang disempurnakan Farhan Roslan pada minit ke-65 meletakkan skuad Badak berkenaan di depan, namun UiTM FC menghidupkan peluang menerusi jaringan lewat permainan Farez Aiman Marzuki pada hujung permainan.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video