Kelab Liga M3, Harini Selangor FT, tekad memberikan cabaran kepada pasukan gergasi Liga Super, Sri Pahang FC, apabila kedua-kedua pasukan itu berentap dalam pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.
Malah, penjaga gol Harini, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, percaya pemain kelab itu dapat memberikan aksi menakjubkan berdepan pasukan pilihan, Tok Gajah, kendalian Fandi Ahmad.
"Sudah tentu kita perlu 'study' game Sri Pahang - gaya permainan, 'key players' - bagi membolehkan pasukan melakukan persiapan lebih rapi.
"Secara jujur saya anggap pasukan Harini Selangor FT umpama pasukan PJ City FC tahun lalu. Malah, pengendali Harini juga merupakan coach PJ City tahun lalu.
"PJ City tahun lalu, biarpun dibarisi pemain lokal, tetap mampu beri saingan kepada pasukan Liga Super lain. Jadi lawan Sri Pahang, kami akan cuba berikan yang terbaik dan melakukan kejutan dalam Piala Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Hafizul Hakim akan menggunakan pengalaman beraksi di pentas kompetitif sebelum ini untuk membantu Harini FT kendalian P. Maniam meraih keputusan positif.
"Insya-Allah, sekiranya diberikan peluang, saya akan mencuba sebaik mungkin dengan pengalaman bagi bantu pasukan lakarkan kemenangan.
"Sri Pahang pun momentum berada pada tahap terbaik dibantu pemain lokal yang bagus serta import berkualiti seperti Kpah (Sherman) dan (Stefano) Brundo.
"Jadi kami kena ambil serius dan bermain sebagai satu pasukan, seterusnya buat yang terbaik untuk mengekang asakan daripada pasukan Sri Pahang," katanya.
Kredit: Sinar Harian